Wednesday 13 March 2013

Monday 11 March 2013

Bakat yang Kelakar


sangat berbakat, saya cuba buat tp hampeh (dua-dua kening sekali terangkat)

Saturday 9 March 2013

Cara-cara membuat LAMAN WEB

 

Tidak susah buat laman web sendiri
Tutorial ini merupakan pengenalan lengkap kepada cara membuat laman web.
 
Laman web adalah kaedah utama untuk penyampian maklumat di Internet.
 
Berbagai jenis laman web didirikan untuk hampir semua jenis tujuan – dari urusan perniagaan, kerajaan, syarikat korporat, institusi pendidikan, komersial, individu ataupun NGO.
 
Memang tidak ada had kepada kemampuan dan penyampaian laman web.Jadi tidak hairanlah mengapa ramai orang ingin mempelajari bagaimana cara membuat laman web sendiri.
 
Di dalam tutorial ini anda akan belajar kaedah – kaedah yang boleh anda gunakan untuk membuat laman web anda sendiri.

Keperluan Membuat Laman Web

Sebelum anda membuat laman web yang pertama, anda perlu diketahui apakah keperluan membuat laman web supaya orang ramai dapat melayari laman web anda itu. Keperluan – keperluan untuk membuat laman web adalah:-
 
  1. Kaedah atau teknologi mencipta dokumen laman web.
  2. Khidmat pelayan web atau web server yang akan menyimpan dokumen laman web tersebut.
  3. Alamat web (seperti www.nama-anda.com) yang boleh digunakan untuk merujuk dan mengakses laman web anda. Nama ini dipanggil domain name dalam bahasa Inggeris.
 
Sesiapa sahaja yang ingin membangunkan laman web sendiri harus menyediakan ketiga – tiga perkara ini. Jika mana – mana satu perkara ini tidak dapat disediakan, laman webnya tidak akan berfungsi. Bahagian - bahagian seterusnya menghuraikan setiap perkara ini dengan lebih terperinci.

Kaedah dan Teknologi Membuat Laman Web

Dokumen web boleh mengandungi berbagai macam kandungan
Terdapat berbagai kaedah atau teknologi untuk membuat dokumen laman web.
 
Dokumen laman web adalah "mukasurat" laman web yang mengandungi semua maklumat yang anda lihat pada skrin komputer anda. Laman web tutorial ini juga adalah satu dokumen laman web.
 
Bilangan dokumen laman web yang diperlukan boleh berbeda – beza bergantung pada tujuan dan matlamat laman web itu.
 
Bagi laman web individu, ia mungkin mengandungi hanya beberapa dokumen laman web sahaja. Namun untuk tujuan organisasi, bilangan dokumen laman web boleh menjangkau hingga beribu - ribu.
 
Terdapat dua cara utama untuk mencipta dokumen laman web iaitu mencipta dokumen laman web secara online atau offline. Bahagian - bahagian berikutnya menerangkan setiap satu dengan lebih terperinci.